Jurnal Refleksi Minggu 4 (22 April 2019 - 25 April 2019)



بسم الله الرحمن الرحيم




No Pendaftaran: 16DT061                           

Tarikh: 22 April 2019 hingga 25 April 2019
                                                                                                                                                                                                  
Nama: Nazratul’Ain binti Mohd Abd Aziz

Fokus:
Dalam minggu ini, cabaran bagi saya ialah terdapat sebilangan murid tidak tahu mengeja dan menulis jawi. Lebih merisaukan lagi murid tersebut adalah murid rendah atas yang mana pada lazimnya mereka ini sudah tahu membaca dan juga mengeja.
Selain daripada itu masalah lain yang dihadapi ialah masalah daripada murid itu sendiri. Kelakuan mereka yang nakal seperti tidak menghormati guru mengajar dan menganggu rakan sekelas lain yang sedang belajar ketika itu.




Analisis:
Masalah murid tidak tahu mengeja dan menulis jawi berkemungkinan berpunca daripada murid itu sendiri yang selalu tidak hadir ke sekeloh, kurang motivasi untuk belajar dan mudah menyerah kalah dalam mencapai suatu kemajuan.
Manakala masalah murid yang nakal pula sepertimana yang dapat saya lihat sepanjang beberapa minggu saya berada di sekolah tersebut, murid tersebut sebenarnya mempunyai potensi dalam pembelajaran dan mungkin juga murid tersebut sebenarnya ada masalah tersendiri yang menyebabkan dia berkelakuan sedemikian. Kelakuan murid berkenaan tidak konsisten. Adakalanya dia berkelakuan nakal dan adakalanya tidak.
Berdasarkan percakapan saya dengan murid tersebut tempoh hari yang mana saya cuba untuk mengambil perhatiannya untuk berkongsi cerita mengenai kehidupannya. Alhamdulillah, dia mahu berkongsi cerita  walaupun maklumat yang saya dapati tidak lengkap mengenai pelajar tersebut, saya jangkakan murid berkenaan mempunyai masalah emosi dalam dirinya yang mana ini boleh menjejaskan minda seorang murid.

Sokongan pandangan:

Menurut satu kajian yang dibuat oleh Siti Fatimah binti Saufee (2006), prestasi murid berkait rapat dengan latar belakang dan persekitaran mereka dan sikap negative mereka juga boleh mempengaruhi cara pembelajaran mereka.
Manakala menurut  Moss (1975), suasana keluarga adalah penting dalam kehidupan seseorang kerana keluarga membentuk hubungan sosial di antara ahli-ahli dalam keluarga tersebut. Suasana keluarga yang dilalui oleh seseorang mempengaruhi persepsi terhadap dirinya di samping menentukan sikap dan tindakannya terhadap sesuatu yang akan dihadapinya dalam kehidupan sehariannya.
 



Tempoh:
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam masa seminggu dan meminta pendapat serta bimbingan daripada guru pembimbing dan guru disiplin bagi menangani murid-murid bermasalah. Saya juga akan mencari sumber-sumber yang dapat membantu saya untuk menangani masalah berkenaan.

Tindakan susulan:
Saya perlu berbincang dengan guru kelas murid berkenaan mengenai cara pengendalian guru tersebut terhadap murid-murid di dalam kelas tersebut.











Comments